Wednesday, December 16, 2009

Rakan bikers berkunjung ke rumah







Rabu 17 Dec 2009.. saya berkesempatan ke USM Transkrian berjumpa rakan-rakan Ham Radio.Waktu inilah masa yang sesuai untuk bertemu rakan-rakan Ham radio.Warga amatur radio berharap rakan-rakan baru menduduki RAE lulus dan boleh ber'QSO' menggunakan jalur panjang.Sampai kat sana terlihat beberapa buah superbike...rasa macam kenal je yang ampunya CBR 750....call je sah 9W2ACB ada kat situ bersama rakan-rakan lain termasuk cikgu Mat Terlanjur geng-geng bikers nak balik ke Ipoh.saya ajak mereka sekali convoi balik dan singgah kat rumah saya di Taman Serai Permai.Jam 4 ptg kami convoi balik,singgah sekejap kat Restoren Fairus lepas tu ke rumah saya. Cukup best naik motor besar ni....jangan risau kami adalah penunggang berhemah.Jam lebih kurang 5 ptg selepas minum yang disediakan oleh xyl tersayang,mereka bertolak balik. OK bro selamat jalan.


Thursday, August 13, 2009


Saya sebenarnya berminat ngan aktiviti pendakian...sebenarnya kita boleh menguji sejauhmana keupayaan kita terutama dari segi fizikal dan mental.kita kena ada cukup tenaga sepanjang pendakian...saya syorkan makan choklat yg berjenama kerana ia menjadi sumberf tenaga semasa kita mendaki.

Tuesday, August 11, 2009

Hari ke 3 kat polares..Kol Aziz datang ngan naked bikenya....terliur juga tengok....Vmax...testride jugala....betul tu 9w2ACB....dia punya pickup....pulas je minyak....silap haribulan moto pergi dulu...ada juga hajat....tengoklah nanti klu kena ngan caranya....

12/8/2009.Pelajar tingkatan 3 sekarang ni tengah menduduki Percubaan PMR.Harapan semoga mereka mendapat keputusan yang baik.

Monday, August 10, 2009



A trip to kallies Castle


Kami sebenanya ada program ngan JPN Perak kat Polares bermula dari 3 - 6hb Ogos 2009..jadi ada masa terluang tu Saya beseerta dua rakan lain,Shaarani dan Asri sempat juga lah melawat sekitar Kallies Castle. Kagum juga la bentuk seni bina yang direka Orang Inggeris pada waktu tu. Pada zaman dulu mereka hanya gunakan putih telur,gula merah antara ramuan yg digunakan untuk membuat semen.